Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib July, 2008

Lawatan Ke Citra Mushroom

Wednesday, July 30th, 2008

Semalam berkesempatan pula melawat Citra Mushroom di Kg Perepat, Kapar, Klang. Kami pergi untuk membeli benih cendawan. Berpusing-pusing juga nak mencari tempatnya.

Tapi tiada rezeki kerana tidak dapat bertemu “taukeh” nya, Zul dan Khalid. Tapi alhamdullilah dapat juga melihat disekitar kawasan operasi mereka.

Bangsal cendawan Citra Mushroom

Steamer batu mereka menarik perhatian kami. Macam penjara mini. Ini memang masuk dalam list “upgrade” kami.

Mereka mengunakan tutup botol air mineral sebagai stopper.

Bilik peram, ringkas.

Ada kelas. Bongkah yg hendak dijual disusun didalam kotak.

Lawatan Ke Mentah Resources

Tuesday, July 29th, 2008

Semalam kami meluangkan masa utk melawat Mentah Resources utk membeli sedikit supply, melawat makmal benih cendawan dan mengenali dengan lebih dekat industri pemprosesan beg plastik. Sepanjang lawatan, kami dilayan dengan baik oleh En Rasul dan juga rakan-takan beliau.

Mentah Resources masih lagi diperingkat awal dalam pembuatan benih cendawan. Masa kedatangan kami, mereka telah berjaya mengklon tisu cendawan setelah beberapa kali percubaan gagal. Insyaallah, dalam sedikit masa lagi mereka dapat menghasilkan benih cendawan sendiri. Dapatlah kami berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dengan “pakar” benih cendawan mereka.

Sedikit gambar dari makmal mereka

Laminar Hood

Autoclave

Tisu kultur F1 yg berjaya diklon.

Tisu kultur yang tercemar dengan organisma lain.

Kemudian kami dibawa melawat kilang plastik mereka. Buat masa ini mereka sedang R&D plastik bongkah cendawan mengunakan material lain, material yg sama seperti pembungkus plastik kari. Kami doakan R&D mereka berjaya kerana ini dapat mengurangkan kos polybag.

Antara beberapa mesin di kilang mereka. Dalam gambar diatas, terdapat 3 mesin “blower” resin dan mesin pemotong bag.

Sampel polybag cendawan yg mengunakan material “plastik kari” (HDPE).

Bahan mentah, resin ini yg akan digunakan utk membuat polybag.

Resin dicairkan dan ditiup membentuk polybag mengikut sais

Kemudian di gulung dan sedia utk dipotong

Antara sais polybag yg ada.

Selesai dikilang, kami dibawa melawat ke stor simpanan mereka. Dedak, sekam, kapur dan macam-macam lagi.