Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib June, 2008

Macam-Macam Ada

Tuesday, June 17th, 2008

Sebagai seorang yang jarang-jarang mengotorkan tangan di kebun, menguruskan rumah cendawan ini banyak memberikan pengalaman, cabaran dan persoalan baru.

Tikus, semut, cicak, katak, labah tu semua perkara biasalah, perkara biasa dalam pakej rumah cendawan. Kadang-kadang melompat juga bila tiba-tiba ada benda bergerak-gerak ketika tengah mengalihkan beg-beg cendawan.

Hari ini kami jumpa lebih dari itu. Hari ini kami menyusun dan mengkategorikan balik bongkah-bongkah cendawan. Macam-macam kami jumpa.

1. Cendawan busuk yg dah berulat. Cendawan keluar ditengah beg sebab bocor. Dan sebab tak ada sesiapa perasan, cendawan tu busuk dicelah-celah bongkah cendawan, sampai berulat. Ulatnya seperti ulat lalat. Kami periksa beg-beg bersebelahan, nampak gaya macam takde yg dah bersarang.

2. Kulat hitam yg berbulu panjang ditutup beg. Pelik jugak kami tengok. Besar dan bulunya ada lah dalam 3 cm. Susah pulak tu nak tangal dari tudung beg.

3. Cendawannya tumbuh setompok di tengah. Kami pon pelik, benih ada di atas tapi tumbuh di tengah, setompok sebesar duit 50sen.

4. Sarang labah-labah yg membalut seekor tebuan sebesar ibu jari dicelah-celah beg.

Packaging Memainkan Peranan Penting

Sunday, June 15th, 2008

Semalam Cendawan 915 meraih pendapatan pertama. Dapat jual 8 bungkus. 2 bungkus ditinggalkan utk hari ini. Langkah yg ke sembilan utk menghadapi beribu-ribu kilometer perjalanan. Buat masa ini kami commit utk supply di satu kedai sahaja. Kami ambil kesempatan ini utk membuat sedikit “reorganization” sebelum commit utk pasaran yg lebih besar.

Pada hari pertama dikedai tersebut, secara tidak sengaja tuan kedai tersebut ada 10 beg cendawan yg dibeli dari orang lain. Dan tambahan 10 beg dari kami. Selepas Maghrib, kami pergi utk mengambil wang jualan. Kami agak terkejut cendawan kami yg laris, tinggal 2 beg sahaja. Manakala 10 beg org lain itu masih banyak lagi. Dari pemerhatian kami, apa yg membezakan antara keduanya adalah packaging. Kami mengunakan heat seal manakanala yg lagi satu mengunakan stapler sahaja.

Utk bekalan esok, kami mula mengunakan sticker label brand kami. Ni baru percubaan. Kos sticker agak mahal, RM15 utk 100 keping. Kecik sahaja saisnye.