Pesanan Dari Sabak Agro Tiba
Friday, May 30th, 2008Alhamdullilah, pesanan yg saya buat 2 minggu lepas tiba hari ini. Pesanan ini dihantar lewat seminggu kerana Sabak Agro memberhentikan operasi online store selama seminggu untuk kerja-kerja penyelegaraan.
Dua botol EM dan Digital Timer

Di belakang botol EM

Petang ini juga saya terima SMS dari Fatisha Agrofarm memberitahu kawanya ada stok bongkah cedawan sebanyak 3000 hingga 4000 beg nak dijual dengan segera. Harga RM1.10 ambil sendiri dan RM1.20 dengan penghantaran. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Fatisha.
Petang tadi juga kami sudah mula bersiap sedia untuk membuka beg-beg cendawan pertama kami. Ada beberapa beg cendawan yg mengeluarkan hasil walaupun belum dibuka. Ada sedikit masalah dengan sistem siraman kami. Tiba-tiba pam tidak mengepam air. Ianya hidup tapi air tak naik. Puas digodek tapi takde air yg dipam. Kami tangguhkan sehingga esok kerana sudah Maghrib.

