Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib March, 2008

Rak Cendawan Siap !

Sunday, March 30th, 2008

Sedang orang lain sibuk menonton Anugerah Bintang Popular, kami bertungkus lumus menyiapkan rak cendawan pertama kami. Kami mula agak lewat, sekitar 5 petang tadi. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Barulah ada rupa rumah cendawan.

Rak sepanjang 17 kaki, 6 kaki tinggi ini boleh memuatkan 2,000 bongkah.

Diterangi sebijik mentol 25 watt, kami “kerjakan” 50 beg plastik semalam. Kerana kurang pencahayaan, kami tangguhkan untuk mengesan kulat hijau atau oren.

Progress

Saturday, March 29th, 2008

Hampir sebulan tiada update. Ramai tertanya-tanya progress Cendawan 915. Bukan hangat-hangat tahi ayam, tetapi bulan ini agak sibuk dengan beberapa perkara.

Berkenaan dengan rumah cendawan, sudah siap alhamdullilah, tetapi masih belum bernyawa. Api dan elektrik masih tiada. Kami “tarik” air dan elektrik baru. Permohonan dah dihantar minggu pertama March, dan janjinya akan dipasang dalam masa 3 minggu. 3 minggu dah berlalu, “hapah pon tarak”. Masalah itu akan di”settle”kan oleh pak mertua akoo.

Masalah kedua, rak kami tidak siap ! Frust dibuatnya bila dtg tadi. Patutnya 2 minggu lepas dah siap, tapi satu pon gerak. Dapat tahu, orang yg kami upah tu dapat projek lagi besar. Hmm .. Nampak gayanya, besok kena gerakkan tulang empat kerat ni.

Petang tadi, kami berpeluang bertemu dengan “otai” cendawan, Fatisha dari Fatisha Agrofarm. Asalnya hendak beli 500 bongkah separa matang dengan Fatisha, tetapi kami beli dengan bekas pelajar kurus cendawan Fatisha. Fatisha tak menang tangan sebab banyak order yg perlu dipenuhi.

Rak tak siap, tetapi dah janji dgn Fatisha dan kawannya, kami teruskan membeli 500 beg. Tetapi kami dapat lebih ! Rupanya Fatisha dan “scan” semua beg-beg cendawan dan didapati ada beberapa beg mungkin ada kulat hijau. Jadi kami dapat beberapa beg extra utk cover kalau kena kulat hijau. Dan juga beberapa beg extra buah tangan dari Fatisha. Appreciate the quality check. Terima kasih !

Utk malam ni, kami letakkan diatas lantai sahaja.

Kami pinjam Toyota Unser, nasib baik muat. Tu pon dah sesak sampai pintu bonet tak leh tutup.

Inilah dia beg cendawan yg kami borong tadi. 50 plastik beg kesemuanya. Kayu-kayu dibawah tu adalah rak kami yg “tersadai”.